Thursday, September 4, 2014

Guan Eng mahu Zahid minta maaf

  • Lim Guan EngLim Guan Eng
 1 / 1 
GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.
 
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau kurang senang dengan kenyataan Ahmad Zahid itu dan sebagai seorang menteri, beliau (Ahmad Zahid) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
 
Katanya Ahmad Zahid cuba menganiaya dan menjadikan DAP sebagai mangsa.

 
"Saya nak cabar beliau, mana pemimpin DAP yang buat kenyataan hina orang  Melayu.

"Kita (DAP) ada ahli daripada tiga bangsa, takkan kami nak hina ahli sendiri, ini tidak masuk akal sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini hari ini. - Bernama

No comments: