Thursday, September 4, 2014

Tunggu istana beri maklum balas, kata Khalid



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan Istana Selangor akan memberi makluman mengenai cadangan nama Menteri Besar yang baru dalam masa terdekat.

Jelas Khalid, beliau telah dimaklumkan ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP telah menghantar nama calon cadangan bagi jawatan Menteri Besar kepada Sultan Selangor.

"Saya percaya proses seterusnya akan menyusul selepas ini.

"Pihak istana akan memberi maklum balas terhadap cadangan yang telah diberikan. Saya berharap semua pihak bersabar, ia akan diselesaikan secepat mungkin.

"Sehingga proses ini selesai, pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperi biasa mengikut undang-undang tubuh negeri ini," katanya pada sidang media di Pejabat Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Khalid yang turut memberitahu, beliau tidak akan terlibat dalam proses pemilihan calon-calon menteri besar kerana ia akan dilihat mempunyai kepentingan dalam keputusan tersebut.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlakunya pilihanraya negeri jika Sultan enggan menerima nama yang dicadangkan, beliau berkataianya bergantung kepada budi bicara Tuanku.

"Perkara terbaik adalah cari penganti untuk menyelesaikan masalah ini, mengenai pilihanraya saya tidak mahu berbincang kerana ia akan menimbulkan spekulasi," jelas beliau.

Sebelum itu, Sultan Selangor telah menetapkan 3 September, hari ini bagi ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat menghantar lebih dua nama bagi calon menteri besar.

No comments: