Wednesday, September 3, 2014

Mungkinkah Ku Yah Mampu Bantu Wan Azizah Jadi MB?


Terselindung dari pandangan rakyat, sumber ibu pejabat PAS memaklumkan bahawa beberapa orang pimpinan tinggi Pakatan Rakyat diketuai oleh seorang pemimpin utama PAS, sedang mengadakan rundingan dengan seorang kerabat diraja Selangor dalam usaha menyakinkan pihak Istana untuk menerima Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Aku difahamkan kerabat berkenaan lebih dikenali dengan nama panggilan Ku Yah sahaja.

Secara peribadi aku pun tidak tahu siapakah yang dimaksudkan ini tapi khabarnya, nama itu begitu berpengaruh sekali di Selangor dan masyarakat Melayu.

Begitupun, atas sebab-sebab tertentu, nama pimpinan tinggi PAS yang mengadakan rundingan tersebut tidak boleh didedahkan disini, bimbang tindakan disiplin dikenakan ke atasnya kerana menyokong Wan Azizah sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat untuk kerusi Menteri Besar Selangor.

Sebab ia berlawanan dengan keputusan Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat yang mahu mencalonkan tiga nama (termasuk nama Wan Azizah) untuk jawatan tersebut seperti mana yang dititahkan kepada mereka.

Persoalannya sekarang, mampukah Ku Yah menjayakan amanah yang diberikan kepadanya. 

Bukan kerana Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kemampuan Ku Yah tapi kerana dikatakan bahawa beliau lebih terserlah melalui penglibatannya dalam acara-acara kebajikan, wanita dan yang seperti itu, tapi dalam hal-hal berkaitan politik seperti ini, mungkin pertama kali.

Begitu pun, usaha ini wajar dipuji.  Walaupun nampak sedikit aneh kerana bukan PKR yang mengetuai rundingan, tetapi PAS, yang penting, kalau rundingan ini berjaya yang akan mendapat kredit ialah Pakatan Rakyat sebab Wan Azizah mewakili komponen politik itu.


No comments: