Friday, September 12, 2014

Haru, Kenapa PAS Letak Calon ‘Tak Sekolah’?


Keputusan PAS meletakkan seorang lulusan Institut Kemahiran Mara – IKM (Sijil Binaan Bangunan) sebagai calon parti itu dalam PRK Pengkalan Kubor yang akan berlangsung 25 September nanti, benar-benar merungsingkan semua komponen dalam Pakatan Rakyat.

Alasannya mudah saja, IKM secara umumnya adalah tempat budak-budak kurang cerdik, majoritinya cicir sekolah, datang belajar untuk memperolehi kelulusan minimum tahap sijil.  Jangan nanti dikata tak berpelajaran langsung.

Sijil Binaan Bangunan adalah nama lain untuk tukang buat rumah, kerja yang biasanya sekarang dibuat oleh indon indon atau bangla-bangla mencari makan. Perlu sijil ke nak buat kerja tu? Rasanya tak perlu, mana orang bodoh pun boleh buat.

Tapi mengapakah orang ini juga yang PAS angkat untuk menjadi calon pilihanraya?

Apakah kurang doktor, peguam mahupun jurutera dalam parti itu yang boleh dibawa ke tengah, kenapa orang dengan kelulusan rendah ini juga yang diangkat menjadi calon parti?

Kalau calon ini mengendong nama PAS sahaja tak mengapalah, tapi dia juga membawa sekali nama Pakatan Rakyat dimana teras memilih kepimpinan yang menjadi keutamaan kita ialah kualiti pimpinan, antara lain pelajaran.

Ibarat kalau dia ini kerbau yang dipunggongnya terpalit tahi, kita (DAP & PKR) yang tak kena mengena sangat ini pun, akan terpalit sama.

PKR dalam PRU13 yang lepas mencalonkan seorang jurutera dengan gelara 'Ir.' didepan, menunjukkan Pengkalan Kubor tidaklah ketandusan cerdik pandai yang boleh diketengahkan sebagai wakil rakyat kawasan itu.

Walaupun tewas, tapi tewas kita bermaruah, sedangkan calon PAS yang ini kalau menang sekalipun, hanya memalukan Pakatan Rakyat kerana latar belakang pendidikan yang sangat lemah seperti itu.

1 comment:

Anonymous said...

Admin tolong jangan kutuk calon parti kowe (PAS). Walaupun tak sekolah tinggi seperti Tuang Presideng tapi mampu memecah belahkan PR, mampu menarik golongan ularmak untuk UG dengan UMNO, mampu pasang 2 (bini) walau memandang rendah kaum wanita, mampu menuduh calon PKR pengedar pil kuda dan berfahaman komunis, mampu flip-flop dengan Pas Pusat dan akhirnya mampu memecah belahkan PAS, separuh PasMa dan separuh UG dengan UMNO. akhir sekali, mampu menipu Nik Aziz dan para penyokong beliau yang otak kemetot di negara ini.