Friday, September 19, 2014

Mula-mula angkat ulama, kemudian ulama dipukul


BATU PAHAT: Dewan Ulamak PAS Pusat melahirkan rasa kesal dengan pelbagai tuduhan yang dilontarkan kepada mereka sejak akhir-akhir ini.


Wakilnya, Ustaz Mokhtar Senik ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS berkata, ulama terbuka untuk menerima apa-apa teguran daripada sesiapa sahaja tetapi bukan untuk dihina.

"Ini tidak, mula-mula angkat ulama kemudian mereka pukul ulama. Ini sikap apa? Kalau kita dalam PAS tidak mendukung kepimpinan ulama, siapa lagi?

"Ulama dituduh bermacam-macam, kalau senyap mereka kata ulama jumud, kalau ulama bercakap mereka kata ulama tidak sabar, kalau jawab kata ulama melenting, kita hendak betulkan perkara ini," katanya.

Beliau juga menafikan kepimpinan Dewan Ulamak tidak turun padang sedangkan mereka gerlibat dengan beberapa program dan aktiviti antaranya perhimpunan aman Bersih, membantah dasar kerajaan, hadir di mahkamah dan lain-lain.

"Ulama memang turun, turun ke dalam kubur uruskan jenazah, bagitu juga dalam siri demonstrasi ulama juga hadir dan di mahakmah juga kami datang. Semua ulama turun tetapi masih lagi tuduh dan padang rendah pada ulama," ujarnya.

Justeru itu, jelasnya Dewan Ulamak mahu memperbetulkan semula pandangan ahli PAS kepada dewan itu bahawa mereka boleh ditegur tetapi bukan dihina. - HARAKAHDAILY 19/9/2014

No comments: