Friday, September 19, 2014

Pas kena pegang janji tolak jawatan MB


  • Muktamar
 1 / 1 
BATU PAHAT - Ketika isu jawatan Menteri Besar Selangor kembali hangat diperkatakan susulan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung pada Selasa, Pas hari ini digesa menolak jawatan itu jika calonnya yang menjadi pilihan istana.

Perwakilan Perlis, Wan Khairizal Wan Khazim, menuntut Pas sebagai parti yang berintegriti, menolak jawatan itu berdasarkan kesepakatan yang dicapai pada mesyuarat PR 17 Ogos lalu.

"Ada kemungkinan lantikan menteri besar akan diberikan kepada Pas. Di atas nilai integriti, saya menggesa Muktamar Pas membuat ketetapan untuk menolak jawatan itu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas ke-60 di sini, hari ini.


Wan Khairilzal berkata, presiden parti sentiasa mengingatkan bahawa Pas adalah parti yang berpegang kepada janji dan nilai moral yang tinggi.

"Justeru kita perlu menolak jawatan ini untuk menegaskan bahawa kita adalah parti yang mempunyai nilai integriti moral yang tinggi," katanya.

Turut menyatakan pendirian sama, perwakilan dari Negeri Sembilan, Mohd Khairul Anwar Mohd Wafa yang mahu Pas berpegang teguh kepada kesepakatan yang dicapai sebelum ini.

Menurutnya, tindakan itu sebagai langkah menghormati dasar setiakawan dalam PR sebagaimana ditegaskan berulang kali oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Apa sahaja keputusan yang telah diputuskan oleh istana,  sekurang-kurangnya seluruh ahli Pas telah bersama dengan pendirian yang dibuat presiden," katanya.

No comments: