Memang diakui ramai yang kempen pilihanraya kecil Pangkalan Kubor kali ini begitu tenang sekali, tanpa sebarang insiden yang menunjukkan kedua-dua parti bertanding agresif nak menawan hati pengundi.
Seolah-olah ini bukan kempen pilihanraya kecil, tapi formaliti nak menggantikan ADUN yang telah meninggal dunia. Baik PAS dan UMNO kedua-duanya dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh nak menang.
Tapi aku terkejut dengan kenyataan Pengarah Jentera Operasi PAS bagi DUN Pangkalan Kubor, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah yang menyifatkan keadaan tenang ini disebabkan PAS dan UMNO seumpama anak beranak memandangkan PAS juga berasal dari UMNO!!
Sementara PKR dan DAP sahabat, dengan UMNO anak beranak, apakah yang cuba disampaikan dengan kenyataan tersebut?
Sejak bila PAS mengubah pendiriannya terhadap UMNO sampai disamakan seperti anak beranak? Dulu bukan main lagi ahli UMNO ahli neraka, ahli PAS ahli syurga. Undi UMNO masuk neraka, undi PAS masuk syurga. Sekarang dah anak beranak pula?
Kita tahulah kemenangan atau kekalahan mana-mana parti dalam pilihanraya kecil ini tidak akan mengubah situasi di Kelantan melainkan ada pihak yang akan kekal atau bertambah kerusi DUN sahaja, tapi usaha perlu agresif untuk menawan kembali kerusi itu dari UMNO.
PKR telah berkorban dengan menyerahkan kerusi tersebut kepada PAS. Pengorbanan ini bukan sebab nak lihat PAS dan UMNO jadi anak beranak. PAS perlu fikirlah perasaan Pakatan Rakyat ini juga, bukan sewenang-wenang buat kenyataan tidak bertanggungjawab.
Apa pun, Pakatan Rakyat akan mengarahkan Jawatankuasa PAS Pusat untuk mengambil tindakan terhadap Wan Abd Rahim dan menyiasat sama ada wujud sabotaj dari dalam untuk bagi UMNO menang senang di sini.
1 comment:
Kalau dah parti anak beranak, maka sokong UMNO-lah, tak payah menghantar calon bertanding di PRK tersebut. Lagipun UMNO dah banyak berjasa (50 tahun labih) kepada rakyat, manakala PAS hanya mengabis wang rakyat sahaja untuk mengundi mereka, tiada jasa (melainkan asyik megusung Tin Milo untuk memungut derma dari rakyat - apabila menang buat modal pula beli Vellfire dan Honda Elayson). Lepas berak maka tanggal serban bertingkat-tingkat tu untuk buat mengelap tahi....
Post a Comment